Moody's Investors Service menyatakan prospek bagi sistem perbankan Malaysia adalah stabil (A3 stabil) dalam tempoh 12-18 bulan akan datang, disokong oleh keadaan makroekonomi yang kukuh dalam dan luar negara.
Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody's, Simon Chen, berkata dalam satu kenyataan hari ini, persekitaran itu memberi sokongan kepada bank-bank Malaysia di samping membantu menstabilkan kualiti aset dan keuntungan.
Dalam masa yang sama, katanya, pertumbuhan pinjaman lebih pantas dijangkakan, kekal pada kadar yang lebih perlahan daripada pengekalan keuntungan bank-bank, yang membawa kepada penampan modal yang lebih kukuh.
Rumusan Moody's itu terkandung dalam laporannya yang baru dikeluarkan bagi bank-bank Malaysia bertajuk, "Robust Macro Conditions and Improving Capitalisation Support Stable Outlook," dan dikarang oleh Chen.
Prospek stabil itu adalah berdasarkan kepada penilaian Moody's terhadap enam pemacu, iaitu persekitaran operasi (stabil), kualiti aset (stabil), modal (bertambah baik), pembiayaan dan mudah tunai (stabil), keuntungan dan kecekapan (stabil) dan sokongan kerajaan (stabil).
Mengenai persekitaran operasi, Moody's berkata meskipun keadaan makroekonomi yang terbukti kukuh, ketidaktentuan dasar memberi risiko dan mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia berkembang sebanyak 5.4 peratus pada 2018, dan pinjaman meningkat 6-7 peratus dalam tempoh yang sama.
Penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan meningkatkan penggunaan swasta dan memberi manfaat kepada perniagaan tempatan dalam tempoh terdekat ini.
Bagaimanapun, ketidakpastian mengenai perubahan dasar masa pada masa depan oleh kerajaan baharu akan mempengaruhi sentimen pelabur dan perniagaan sepanjang 2018.
Mengenai kualiti aset bank, Moody's berkata ia dijangka kekal stabil dalam keadaan tekanan yang berkurangan dalam kalangan syarikat korporat yang bermasalah dan pertumbuhan perlahan paras hutang isi rumah.
Pembentukan pinjaman tidak berbayar baharu akan kekal perlahan dalam keadaan kenaikan sederhana kadar faedah, apabila keuntungan bertambah baik dan pertumbuhan pinjaman isi rumah berisiko berkurangan.
Bagi permodalan, paras akan meningkat, apabila penjanaan modal mengatasi pertumbuhan aset, dan terbukti mencukupi untuk mengimbangi pelarasan sekali berbanding nisbah modal bagi memenuhi standard MFRS 9.
Moody's juga berkata pembiayaan dan mudah tunai bank-bank dijangka kekal stabil.
Nisbah pinjaman berbanding deposit bank, terutamanya, akan meningkat apabila pertumbuhan pinjaman melonjak, tetapi nisbah itu kekal di bawah 100 peratus.
Selain itu, bank-bank akan kekal berada dalam kedudukan selesa untuk memenuhi keperluan minimum di bawah peraturan mudah tunai dan pembiayaan Basel III.
Mengenai keuntungan, Moody's berkata hasil yang bertambah baik -- dirangsang oleh pertumbuhan pinjaman yang lebih pantas -- akan menyokong profil keuntungan bank-bank.
Pertumbuhan pinjaman lebih pantas akan meningkatkan pendapatan pra-peruntukan, walaupun persaingan sengit dalam deposit akan mengehadkan peningkatan margin faedah bersih.
Kos kredit akan meningkat disebabkan oleh standard baharu MFRS 9, tetapi hanya sedikit, berikutan keadaan kredit yang terus rendah.
Sokongan kerajaan terhadap bank-bank semasa tempoh sukar dijangka berterusan.
Pembaharuan perundangan baru-baru ini tidak membayangkan sebarang peralihan dalam dasar kerajaan bagi resolusi bank-bank bermasalah selain pembubaran, dengan kurangnya undang-undang untuk memaksa pemiutang bank menanggung kos sebarang usaha menyelamatkan bank.
Moody's memberi penarafan kepada 11 bank di Malaysia - lapan bank perdagangan konvensional, sebuah bank pelaburan, sebuah bank Islam dan sebuah institusi kewangan pembangunan milik kerajaan.
Bank-bank perdagangan yang diberi penarafan menyumbang kira-kira 85 peratus daripada jumlah pinjaman dan deposit dalam sistem perbankan Malaysia pada akhir 2017.
Moody's juga mengekalkan prospek stabil bagi sistem perbankan Malaysia sejak 2010. -- Bernama
Bernama
Mon Jun 18 2018
Moody's berkata, ketidakpastian mengenai perubahan dasar masa pada masa depan oleh kerajaan baharu akan mempengaruhi sentimen pelabur dan perniagaan sepanjang 2018. - Gambar fail
Man Utd dan Martial sah berpisah
Pemain yang memakai jersi nombor sembilan itu mengesahkan statusnya susulan baki kontrak yang akan tamat pada Jun ini.
Anda kini boleh mendengungkan irama muzik pada YouTube Music untuk mencari lagu
YouTube Music telah dikemas kini yang membenarkan pengguna mendengungkan irama muzik yang bermain di dalam fikiran untuk mencari lagu tersebut.
AWANI Pagi: Kos Sara Hidup VS Kos Gaya Hidup
Masyarakat dilihat sukar mengimbangi perbelanjaan kos gaya hidup yang hanya berdasarkan keutamaan peribadi, minat dan tabiat perbelanjaan mereka. Pada masa yang sama, mereka perlu mendapani cabaran menampung perbelanjaan asas bagi memenuhi keperluan asas kehidupan. Bagaimana keseimbangan antara kedua aspek ini dapat diwujudkan?
Ikuti kupasannya di AWANI Pagi bersama Dr Nurul Ashikin Alias.
#AWANInews #AWANIPagi
Ikuti kupasannya di AWANI Pagi bersama Dr Nurul Ashikin Alias.
#AWANInews #AWANIPagi
Jemaah Haji muda raih keputusan 9A dalam SPM
Jaga solat, jaga hubungan dengan mak dan ayah serta guru selain adab sesama kawan, itu antara resepi Muhammad Ameer Che Noor Azam, pelajar Sekolah Menengah Puchong Utama Satu sehingga berjaya memperol
Budak lapan tahun dinobat juruvideo dron termuda dunia
Pengiktirafan Louisa Royer yang membawa dronnya semasa melakukan percutian di Eropah, Jepun, Australia dan Korea Selatan oleh GWR.
Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [28 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
SPM 2023: Prestasi kebangsaan meningkat
KWSP: Lebih 2 juta mohon pindah Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel
Penghantaran bakat TVET ke China tepat masanya
#AWANInews #AWANIPagi
SPM 2023: Prestasi kebangsaan meningkat
KWSP: Lebih 2 juta mohon pindah Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel
Penghantaran bakat TVET ke China tepat masanya
#AWANInews #AWANIPagi
Gol akrobatik Garnacho dinobat terbaik EPL
Gol menerusi sepakan akrobatik pemain berusia 19 tahun itu dijelmakan seawal minit ketiga semasa aksi EPL di Goodison Park tahun lalu.
Tingkatkan penghantaran pelajar TVET ke China
Penghantaran bakat Kemahiran TVET tempatan ke China ketika ini adalah relevan memandangkan China merupakan gergasi ekonomi dunia dan China merupakan peneraju dalam industri teknologi hijau , industri kejuruteraan EV dan teknologi tenaga diperbaharui.
Penunggang motosikal maut selepas 11 hari bertarung nyawa
Pada jam lebih 8.20 malam Isnin, mangsa telah disahkan meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAN.
Bank besar Malaysia mampu depani persaingan daripada bank digital inovatif - Moody's Investors
Enam kumpulan bank terbesar mampu untuk menangkis persaingan dengan francaisnya yang meluas serta pengukuhan digital berterusan.
Bank-bank di Malaysia sedia beralih ke perbankan digital - Kajian Backbase
Sektor perbankan runcit di Malaysia kini sedang membuat persiapan untuk menghadapi persaingan dengan menawarkan pelbagai khidmat digital yang baharu buat para pelanggan.
Bank Malaysia miliki permodalan dan kecairan baik, prospek kekal stabil - Moody's
Beberapa bank Malaysia mencatatkan prestasi lebih baik berbanding 2020 bagi tempoh separuh pertama tahun ini.
Prospek bagi bank-bank Malaysia stabil - Moody's
Moody's Investors Service menyatakan prospek bagi sistem perbankan Malaysia adalah stabil (A3 stabil) dalam tempoh 12-18 bulan akan datang.